Betul Ke Soalan Medsi Tak Ada Jawapan Salah Atau Betul?

“Betul ke cikgu soalan medsi ni tak ada jawapan salah atau betul? Kalau tak ada, bagaimana boleh ada status calon lulus dan calon gagal?”

– calon medsi.

Ada Dua Perspektif.

Untuk menjawab soalan ini, saya akan terangkan daripada dua perspektif. Pertama dari perspektif calon, yang kedua pula dari perspektif pihak penilai.

Dari Perspektif Calon.

Daripada perspektif calon, memang tak ada jawapan salah ataupun betul. Ini disebabkan setiap jawapan calon itu hanyalah pendapat mereka sendiri.

Contohnya soalan di bawah ini:

Soalan 1: Saya berupaya memotivasikan orang lain untuk menerima perubahan.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak setuju
D. Sangat tidak setuju

Tujuan soalan ini digunakan untuk mencungkil tahap extravertion dalam diri seseorang calon. Golongan extravertion skor tinggi selalunya mahir dalam komunikasi dan berupaya mempengaruhi orang lain dengan kata-kata mereka.

Jawapan tidak ada salah ataupun betul disebabkan jawapan itu tidak boleh disahkan. Jika seseorang calon memilih jawapan ‘sangat setuju’, itu bermaksud kecenderungan extravertion dia tinggi.

Persoalannya sekarang, adakah betul calon itu mempunyai kecenderungan extravertion yang tinggi? Ataupun calon itu cuba memanipulasi jawapan dia?

Atas sebab itulah jawapan calon dianggap tidak ada salah ataupun betul. Disebabkan pihak penilai tidak boleh sahkan jawapan calon itu mengikut karakter sebenar calon.

Dari Perspektif Penilai.

Daripada perspektif pihak penilai pula, ya memang jawapan ada salah ataupun betul. Sebab itu ada status calon lulus dan ada calon gagal dalam ujian ini.

Sebenarnya frasa ‘salah’ atau ‘betul’ tu kurang tepat. Frasa yang paling tepat untuk ujian medsi ialah jawapan menepati kehendak atau tidak menepati kehendak pihak penilai.

Ini disebabkan setiap soalan ada pemberat mereka tersendiri. Ada soalan mempunyai pemberat yang tinggi ke arah sikap kerjasama, ada pemberat ke arah sikap berdikari, ada pemberat ke arah sifat empati, dan lain-lain.

Jawapan ‘salah’ akan terjadi apabila jawapan calon tidak mencerminkan sikap yang dikehendaki oleh pihak penilai.

Contoh Soalan.

Soalan 2: Saya akan mempertahankan keputusan yang saya pilih walaupun ada rakan yang membantah.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak setuju
D. Sangat tidak setuju

Soalan ini cuba mencungkil kecenderungan suka akan persaingan dan juga sifat ketegasan. Individu yang ada kecenderungan ke arah personaliti ini lebih memberat untuk bersetuju dengan soalan ini.

Tapi berlainan pula dengan individu yang mempunyai kecenderungan empati yang tinggi. Mereka lebih memilih untuk mempertimbangkan setiap cadangan daripada perspektif orang lain.

Persoalannya sekarang, adakah salah untuk mempunyai sifat persaingan dan yakin dengan keputusan sendiri. Dan adakah salah untuk lebih empati dan mempertimbangkan setiap keputusan melalui perspektif orang lain?

Soalan Menjadi Dilema.

Inilah yang menjadi dilema pada setiap calon medsi. Mereka tak tahu nak memilih jawapan. Semua jawapan nampak positif.

Sebenarnya, soalan ini bukanlah nak tahu jawapan mana paling positif. Tapi soalan ini hanya nak tahu calon ini cenderung ke arah mana sahaja.

Sekiranya pihak penilai mahukan seorang calon yang mempunyai tahap persaingan yang tinggi, ketika ini, jawapan ‘setuju’ adalah jawapan yang betul. Jawapan ‘tidak setuju’ pula jawapan yang salah.

Sebaliknya, jika pihak penilai mahukan seorang yang mempunyai tahap empati yang tinggi, jawapan ‘tidak setuju’ pula menjadi jawapan yang betul. Jawapan ‘setuju’ pula menjadi jawapan yang salah.

Belajar Sesuatu?

Adakah anda belajar sesuatu daripada artikel ini? Mahukan lagi soalan dan huraian jawapan seperti ini? Sila klik butang di bawah untuk download.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *